Salam 1 Malaysia.
Buat semua pelawat, laman ini BUKANLAH satu laman web rasmi hospital. Laman ini dicipta atas inisiatif saya sendiri bagi memudahkan semua pihak untuk memantau kemaskini bagi permohonan Nota Minta bekalan ubat, gas perubatan, reagent, vaksin, consumables, dan filem xray sahaja OS27000. ( Jika LPO sudah ada atau belum ).
Seperti yang semua sedia maklum, tidak semua End users mempunyai akses kepada sistem e-Perolehan dan para pemohon terpaksa menelefon stor farmasi ataupun terus kepada saya di unit akaun untuk mengetahui sekiranya LPO sudah siap diproses atau belum dan ini mungkin mengambil masa untuk anda mengejar pembekal.
Oleh yang demikian, laman ini dicipta agar semua pihak, melibatkan semua Unit di Hospital ini lebih mudah untuk mengetahui nota minta anda telah selesai diproses ataupun belum. Hal ini juga bagi mengelakkan kecelaruan yang terjadi seperti tahun 2014, apabila end user beranggapan LPO tidak diproses sedangkan pembekal yang tidak menghantar barang, ataupun kes-kes seperti nota minta telah dihantar tapi LPO tidak diproses akibat tercicir ketika dihantar atau sebagainya.
Laman ini dapat diakses di mana sahaja anda berada samada melalui Komputer, Laptop, Ipad, Iphone dan juga telefon-telefon pintar yang lain. Ini adalah mudah, dan jika anda tidak bertugas juga, anda tidak perlu bersusah payah untuk telefon ke pejabat, telefon pegawai-pegawai Stor Farmasi atau datang ke pejabat. Anda cuma perlu buka browser dan layari laman ini : annelpo.blogspot.com
Senarai akan dikemaskini dari masa ke semasa berdasarkan maklumat-maklumat yang berikut ;
1. No LPO
2. Rujukan pada Nota Minta
3. Unit Memohon
Maklumat-maklumat lain adalah SULIT dan tidak boleh dipaparkan secara umum. Oleh itu saya memohon agar TUAN-PUAN yang bertanggungjawab daripada setiap jabatan dapat menulis nombor rujukan masing-masing di atas sebelah kanan setiap Nota Minta anda sebelum dihantar ke Stor Farmasi bagi memudahkan rujukan anda semua kelak, seperti mana yang telah dilaksanakan oleh unit-unit lain seperti Pn. Sibylla, Pn. Eleanor dan En. Hau Chan Wai.
CONTOH PAPARAN ADALAH SEPERTI DI BAWAH :
RECEIVED NOTES
SENT TO : Mrs. Sibylla
DATE : 02/12/14
BIL.
|
RUJUKAN
|
JABATAN
|
NO LPO
|
1.
|
PATH/BR/15/01
|
PATOLOGI
|
0001
|
2.
|
REHAB/01/2015
|
REHAB
|
0002
|
3.
|
FAR/402/2015/011
|
FARMASI
|
0003
|
4. | NEURO/499/2015/003 | NEUROSURGERI | 0004 |
5. | CSSU/01 | CSSU | 0009 |
Semoga laman ini menjadi salah satu kemudahan rujukan bagi semua pihak. Sekian dan Terima Kasih.
ANNE MOHD YASSIN
P. Tadbir Kewangan W17
Unit Akaun dan Kewangan.
No comments:
Post a Comment